Tarikh : 18 & 21 Mei 2009
Tempat : Dewan Restoran Anjung Seri
Tempat : Dewan Restoran Anjung Seri
Psikologi Pelanggan :
Pernahkan anda memerhati tabiat pelanggan. Pelanggan hanya akan tertarik jika barangan atau perkhidmatan kita menyelesaikan masalah mereka. Mereka tidak peduli betapa hebatnya kita, barangan kita atau syarikat kita. Yang penting masalah mereka selesai dengan membayar kepada kita. Mereka tidak peduli dan tidak minat jika ianya tidak berkaitan dengan kehendak mereka.
Kalau kita suka makan nasi dengan petai dan tempoyak. Kita hendak anak dan isteri kita suka makanan yang sama. Kita mahu semua kawan-kawan kita suka makan yang sama. Sampaikan bila kita nak pergi memancing kita nak guna umpan tempoyak dan petai.
Apabila berurusan dengan pelanggan kita kena fikir apa kehendak pelanggan bukan apa kehendak kita.
Untuk berniaga kita perlu tarik PERHATIAN pelanggan , timbulkan MINAT pelanggan, naikkan KEINGINAN pelanggan dan dapatkan kesanggupan MEMBAYAR. (Attention-Interest-Desire-Action).

Rahsia Kejayaan EBAY, AMAZON, GOOGLE :
Kejayaan penghasilan dan pemasaran sesuatu barangan sebenarnya bergantung kepada resepi rahsia masing-masing. Resepi rahsia ini berbeza dalam setiap perniagaan. Resepi Rahsia sesuatu peniagaan perlu kita gali dan kita cari sampai dapat. Jika kita menjumpai rahsia tersebut maknanya kita akan menemui kejayaan.
Ebay, Amazon dan Google telah menemui rahsia ini iaitu, Network effect. Konsep yang mula dikenalkan oleh Metcalfe. Melalui prinsip yang dikenal sebagai Metcalfe's Law. Nilai suatu rangkaian akan bertambah dengan bertambahnya anggota di dalam rangkaian tersebut. Sebab itu perniagaan MLM atau jualan langsung memerlukan kita mempunyai 'downline' yang ramai.

Dalam contoh yang lain, terdapat sebuah kedai jual handphone dan topup di belakang Big 10 Bera. Kedai ini sentiasa dikunjungi oleh ramai pelanggan. Beberapa buah kedai yang sama telah meniru perniagan kedai ini tetapi tidak berjaya, hinggakan ada yang 'gulung tikar'. Banyak pelanggan cuba berurusan dengan kedai handphone yang lain tetapi timbul rasa tak seronok, tak puas hati, tak selesa, tak suka dan macam-macam tak lagi. Tentu mereka ada resepi rahsia bagaimana menjaga pelanggan.
Cari Lubuk Pasaran Anda :
Kita tak boleh kata pasaran barangan/perkhidmatan kita adalah semua orang atau sesiapa sahaja yang berminat. Kita tak boleh menjual kepada semua orang kerana keperluan atau cita rasa semua orang berbeza mengikut individu, lokasi atau musim .
Disinilah timbulnya istilah 'Niche Market' atau segmen pasaran. 'My Niche Marketing' bermaksud kita memasarkan produk atau perkhidmatan kita kepada kumpulan pelanggan yang khusus.
Contohnya, kita nak jual kerepek kepada pelajar sekolah dengan bungkusan setengah kilo yang dijual dengan harga RM5.00. Ada ke pelajar sekolah nak beli? Mungkin untuk pelajar sekolah rendak kita buat peket berharga 50 sen. Untuk pelajar sekolah menengah kita buat dalam peket RM1.00.

Kita perlu tentukan lubuk pasaran kita. Bukan jumpa mana-mana lubuk terus masuk. Kata pepatah orang zaman sekarang 'Kalau kail panjang sejengkal, jangan nak memancing di laut dalam'. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita tentukan mana lubuk pasaran kita. Antaranya kualiti, lokasi, mesin, kakitangan, budaya, bahasa dan macam-macam lagi.
Cuba anda pergi ke kedai handphone /topup yang di belakang Big 10 Bera. Apakah kelompok pasaran kedai mereka.
Sifat Istimewa Usahawan Siber :Cuba anda pergi ke kedai handphone /topup yang di belakang Big 10 Bera. Apakah kelompok pasaran kedai mereka.
(1) Experimen selalu... sentiasa meneroka peluang-peluang baru.
(2) Fokus dan terus fokus kepada Niche Market. Sentiasa mencari lubuk baru
(3) Inovasi Yang Berterusan. Sentiasa lakukan penambahbaikan
(4) Pengetahuan di dalam pelbagai ilmu. Sentiasa gabung jalinkan produk
(5) Kemampuan Beradaptasi. Sentiasa respon dengan perubahan yang ada
(6) Pantas. Sentiasa pantas bergerak dan berubah
(7) Kerjasama. Cari rakan untuk berkongsi ilmu
Soalan Cepumas : Nak jual apa?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu menjawab soalan-soalan ini:
Bahagian A ~siapa kita? ~siapa keluarga kita? ~siapa kawan-kawan kita? ~siapa musuh-musuh kita? ~siapa penyokong kita? ~dan macam-macam lagi tentang kita.
Bahagian B ~apa yang kita tau? ~apa yang kita suka buat? ~apa ilmu yang kita ada? apa kemudahan yang kita ada? ~apa buku yang kita suka baca? ~apa majalah yang kita langgan? ~apa pengalaman kita? ~apa niat kita? ~dan macam-macam apa yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan kita.
Bahagian C ~adakah kita benar-benar ada minat? ~adakah kita benar-benar ada keyakinan? ~adakah kita benar-benar sanggup berkorban? ~adakah kita benar-benar tak takut jatuh?
Bahagian D ~adakah benar-benar nak buat? ~adakah benar-benar-benar nak buat? dan ~adakah benar-benar-benar-benar nak buat?
Bahagian E ~siapakan yang akan malu jika kita buat main-main dan tak sungguh-sungguh? ~siapakan yang akan rugi jika kita buat main-main dan tak sungguh-sungguh?
Kisah 5 Orang Buta Dengan Seekor Gajah
Kita selalunya membuat andaian atau analisa berdasarkan apa yang menjadi pegangan kita atau apa yang mula-mula kita jumpa. Inilah cerita yang dapat kita pelajari dari kisah 5 orang buta.
(1) "Gajah ini seperrti dinding luas yang berpermukaan kasar…"
(2) "Gajah ini seperti kipas besar yang mengibas-ngibas"
(3) "Gajah ini seperti seutas tali yang berbulu dan agak panjang"
(4) "Gajah ini seperti seekor ular sawa yang berkulit agak kasar
(5) "Gajah ini hanyalah seperti sebatang pokok yang tidak berdahan."
Semua yang mereka katakan tentang gajah adalah betul tetapi bukan menunjukkan keseluruhan gajah. Untuk mendapat gambaran sebenar kita perlu memandang keseluruhan.
Kisah 1 Orang Buta Dengan Seekor Ayam
Jika kita telah tersilap membuat andaian seperti kisah Kisah 5 Orang Buta Dengan 1 Ekor Gajah. Kita seterusnya akan terus membuat perbandingan berdasarkan benda yang sama dalam semua keadaan. Kita tidak sedar bahawa perbandingan yang dibuat adalah tidak wajar.
Cerita 1 Orang Buta Dengan 1 Ekor Ayam begini, terdapat seorang yang telah dilahirkan buta. Orang buta ini sentiasa berdoa agar dibolehkan melihat walaupun sekelip mata. Setiap hari itulah doa yang diucapkan. Pada suatu hari doa Orang buta ini telah makbul. Secara tiba-tiba matanya boleh melihat. Kebetulan ada seekor ayam dihadapan orang buta yang telah celik ini. Dengan perasaan gembira dia bertanya kepada sahabat yang berada berhampiran, "Apakan nama benda itu". Sahabatnya menjawab "Itu ayam". Selepas mendengar jawapan itu matanya terus kembali buta.
Namun orang buta sangat gembira kerana dapat melihat walaupun sekelip mata. Pada suatu hari dia terdengar orang bercerita tentang itik yang kena langgar. Dia terus bertanya, "Mana besar ayam dengan itik ?". Jawab orang kampung "Sama besar".
Kemudian dia terdengar pula orang kampung bercerita tentang kambing yang hilang. Dia terus bertanya, "Mana besar antara ayam dengan kambing ?". Jawab orang kampung "Besar lagi kambing"
Sampai pada suatu hari hari orang kampung sibuh nak menghantar Tok Mudin nak pergi haji naik kapal terbang. Tanpa berlenggah dia terus bertanya, "Mana besar antara ayam dengan kapal terbang?"
4P : Elemen PemasaranCerita 1 Orang Buta Dengan 1 Ekor Ayam begini, terdapat seorang yang telah dilahirkan buta. Orang buta ini sentiasa berdoa agar dibolehkan melihat walaupun sekelip mata. Setiap hari itulah doa yang diucapkan. Pada suatu hari doa Orang buta ini telah makbul. Secara tiba-tiba matanya boleh melihat. Kebetulan ada seekor ayam dihadapan orang buta yang telah celik ini. Dengan perasaan gembira dia bertanya kepada sahabat yang berada berhampiran, "Apakan nama benda itu". Sahabatnya menjawab "Itu ayam". Selepas mendengar jawapan itu matanya terus kembali buta.
Namun orang buta sangat gembira kerana dapat melihat walaupun sekelip mata. Pada suatu hari dia terdengar orang bercerita tentang itik yang kena langgar. Dia terus bertanya, "Mana besar ayam dengan itik ?". Jawab orang kampung "Sama besar".
Kemudian dia terdengar pula orang kampung bercerita tentang kambing yang hilang. Dia terus bertanya, "Mana besar antara ayam dengan kambing ?". Jawab orang kampung "Besar lagi kambing"
Sampai pada suatu hari hari orang kampung sibuh nak menghantar Tok Mudin nak pergi haji naik kapal terbang. Tanpa berlenggah dia terus bertanya, "Mana besar antara ayam dengan kapal terbang?"
(1) Produk – Product.
Apakah barang atau khidmat yang ingin ditawarkan.
(2) Tempat – Place .
Dimana hendak dikeluarkan. Dimana hendak dipasarkan. Dimana hendak disimpan.
(3) Harga - Price.
Adakah harga perlu berbeza mengikut tempat, musim, pasaran dan minat
(4) Promosi - Promotion.
Apakah cara hendak memaklumkan kepada pelanggan. Apakah pembungkusan dan pemlabelan menarik.
Etika Keusahawanan Dalam Persaingan :
Tentu ada yang pernah mendengar cerita 'bomoh membomoh' dalam persaingan kedai makan. Secara tiba-tiba tiada pelanggan masuk ke kedai makan. Sunyi sepi seolah-olah kedai kita tak buka. Kita panggil kawan-kawan yang lalu tetapi semuanya tak berpaling seolah-olah tak nampak. Sebelah malamnya kita ditanya kenapa tak buka kedai siang tadi.
Usahawan yang sentiasa dengki dengan usahawan lain sentiasa ada dikeliling kita. Kalau boleh, semua pelanggan hanya membeli di kedai dia sahaja. Kalau boleh barang dia nak cepat habis. Dan kalau boleh semua pesaing bangkrap tutup kedai supaya tinggal dia seorang sahaja.
Lebih beretika kita bersaing secara lebih elok. Kalau barang pesaing sedap , kita buat lagi sedap. Kalau barang pesaing bersih kita buat lagi bersih. Kalau kedai pesaing sentiasa ramai orang kita buatkan promosi.
Jangan cuba sekat rezeki orang lain dengan bomoh. Nanti akan tiba giliran rezeki kita disekat atau rezeki anak-anak kita disekat. Ynag disangka rezeki kita tiba-tiba dikerat tengah jalan.

No comments:
Post a Comment