KURSUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAKAL PENGUSAHA TERNAKAN PUYUH DAERAH BERA.
Pejabat Mara Daerah Bera dan Pejabat Veterinar Daerah Bera telah berjaya memberikan pendedahan yang berguna kepada bakal penternak puyuh. Bakal pengusaha ternakan puyuh ini telah dibawa melawat pusat ternakan dan tetasan puyuh di Negeri Sembilan. Setelah dibawa melawat, bakal pengusaha telah diberikan penerangan tentang ilmu-ilmu yang perlu ada.
Bakal Pengusaha Ternakan Puyuh(01)
Anjuran:
Pejabat Mara Daerah Bera dan Pejabat Veterinar Daerah Bera.
Tarikh:
5 & 6 Mei 2009
Tempat Lawatan:
Projek Penetasan Puyuh dan Penternakan Puyuh Pedaging di Kundur Negeri Sembilan
Tempat Kursus:
Institut Teknologi Unggas, Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, Melaka.
Antara aturcara lawatan :
5 Mei 2009
2.30 ptg - 5.30 ptg : Lawatan ke Projek Penetasan Puyuh dan Penternakan Puyuh Pedaging di Kundur Negeri Sembilan. (En. Noor Azman)
7.00 mlm-8.00 mlm: Makan malam
8.30 mlm-9.00 mlm: Taklimat kursus (Pegawai PPV Bera)
9.00 mlm -10.00 mlm: Pengenalan Puyuh, Prasana dan Kesihatan Ternakan Puyuh (En. Noor Azman)
10.00 mlm: Minum Malam
6 Mei 2009
7.30 pg - 8.00 pg: Sarapan
8.00 pg-9.00 pg: Pengurusan Perindukan (En Ismail Talip)
9.00 pg-10.00 pg: Pengurusan Peringkat Pembesaran Puyuh Pedaging dan Pengurusan Peringkat Pengeluaran Telur. (En Ismail Talip)
10.00 pg-10.30pg: Minum pagi
10.30 pg-11.30 pg: Pengurusan Eraman dan Tetasan (En. Noor Azman)
11.30 pg -12.30 thari: Ekonomi Ladang Puyuh Pedaging dan Penelur (En. Noor Azman)
12.30 thari-1.00 ptg: Makan tengahari
Ini pula adalah gambar semasa perjalanan pergi. Bas telah singgah di Masjid Simpang Ampat Alor Gajah Melaka. Nak cerita sedikit pasal masjid ini. Sebelum tahun 1900 penduduk Simpang Ampat telah menggunakan Masjid Tabuh Naning. 28 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1928 barulah di bina Masjid Simpang Ampat ini. Pada masa itu masjid ini dibina menggunakan papan dan zink sahaja. Pada tahun 1982 Masjid Simpang Ampat ini telah di naik taraf kepada simen dan batu-bata. Pada tahun 1992 maasjid ini telah diberi nama Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat. Pada tahun 2008 masjid ini telah dinaik taraf kepada msjid bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning. Akhir sekali pada tahun 2009 Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat ini telah dibaikpulih oleh Perbadanan Muzium Melaka.
Mungkinkan ada masjid-masjid di Daerah Bera yang sepatutnya mendapat perhatian Perbadanan Muzium Negeri Pahang? Inilah tempat hentian kami yang pertama semasa perjalanan pergi. Tempat makan di Air Hitam telah menjadi pilihan. Tiada rungutan tentang harga makanan disini. Mungkin pengusaha tempat makan ini perlu memastikan pelanggan mendapat air minuman sebelum makanan habis dimakan.
Dalam perjalan balik, sekali lagi tempat makan di Air Hitam ini menjadi pilihan.
Ini adalah gambar semasa perjalanan balik. Bas rombongan telah singgah di Senawang Negeri Sembilan.
Salam, adik lelaki saya sedang usahakan menternak ayam kampung,dan hendak usahakan ternak burung puyoh. Apakah ada dana atau bantuan dan latihan untuk adik saya oleh pihak MARA DAN PEJABAT VETERINAR DAERAH BERA ini? Terima kasih ; 0129480727
ReplyDeleteBoleh encik lihat blog saya untuk melihat gambar2 usaha ternakan ayam adik saya - http://yasemine-yase.blogspot.com
ReplyDelete